Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan menyimpan emas atau pelaburan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.
Jika membeli hartanah, kita mengambil masa untuk menjualnya dan menunggu harga naik.Selain itu banyak kos2 yang perlu di keluarkan.Sebab itu pelaburan emas menjadi pilihan ramai orang kaya
Emas mempunyai kecairan yang baik untuk
mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada
menjualnya atau untuk tujuan pajakan.
Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya
membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk
menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh
digunakan bila-bila masa.
Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas atau pelaburan emas sebagai simpanan, ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.
Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fizikal itu,
bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab harga emas naik
tahun demi tahun.
No comments:
Post a Comment